SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."
Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Kurus?? Apa rahsianya?

Rahsia kurus | Bf & Lecithin


Salam

Hari tu, saya sempat membuat penghantaran set Super Saver Buddy Pack kepada teman saya, Su. Sebenarnya yg beli ialah teman Su. Tapi disebabkan temannya solat, jadi Su yg turun ke bawah untuk ambil set tu. Kami ni selalu berhubung melalui telefon atau pun SMS. Sekali-sekala sahaja bertemu. Bila kali terakhir kami bertemu? mmm saya sudah lupa!! Maaf ye Su!!


Bila Su nampak saya, dia terus jerit. 


"Yut, kenapa kau dah kurus!!"
"Kau tensen ke??"
"Byk masalah??"


Amboi minah ni, ambil perhatian sungguh. Banyak sungguh soalan dia.. Heheee.. Saya pula tak terjawab soalan2 cepumas Su tu tadi. Kalau ikutkan mmg nak cerita panjang, tapi saya menumpang berhenti di kawasan orang. Jadi perlu cepat sebelum dihalau pergi. Saya hanya jawab, saya ok, tiada masalah, semua baik2 aje!


Heheee.. Tapi dalam hati dah kembang setaman dah. Orang kata kita kurus, mestilah suka kan. Esoknya. pagi2 seperti biasa di pejabat, saya akan buka email dulu. waaaah.. Syoknya! 





haaa.. Tgk-tgk! Tak syok ke dapat email camtu.. heeee... Semalam punya kembang pun belum suruh, hari ni Si SU hantar email kasi puji lagi.. Sabar je lah.. Macam sebelum kahwin! Su dah kenal saya dari masa belajar di universiti dulu. Kami main hoki sesama. jadi harus le Su tahu bentuk badan saya dulu camana kan..

Su, kalau kau baca blog aku ni, ni rahsianya. Tapi kau boleh mula pakai lepas kau bersalin nanti ye! Jadi kena sabar le sikit!..

1. Menyusu badan - Disebabkan Su berjumpa dgn saya slps saya bersalin, jadi haruslah kerana menyusu badan menjadi faktor bgmn saya boleh kurus. 9 bulan lemak disimpan semasa mengandung, jadi kita kena bakar balik dengan menyusukan bayi kita.

2. Rutin harian - Bersenam?? ish... Rutin harian adalah naik turun tangga setiap hari, setiap pagi sebelum pergi kerja. Kami anak-beranak tidur di tingkat atas. Bila pergi kerja, 3 beradik ni lena lagi. Jadi mak paknya kena turun naik beberapa kali utk bawa mereka turun. Mmg berpeluh. Baru sudah mandi, belum smp tempat kerja, badan dah berpeluh2 dah..

3. Menjaga pemakanan - Saya kuat makan sebenarnya. Tapi saya lebih selesa utk makan sekadar mengisi perut shj. Bukan ikut nafsu (w/pun selalunya mmg berselera tgk lauk pauk tu) Selalunya petua ni saya buat utk sarapan pagi, dan tengahari. Kalau makan malam, mmg gagal. Lagilah kalau masak sendiri. Mesti habsi segala nasi dan lauk yg ada!

4. Makan Lecithin - Ni antara salah satu senjata saya utk kurus. Saya akan ambil 3 biji sehari sebelum tidur. Maksimum pengambilan ialah 6 biji sehari. Tapi saya rasa sudah memadai utk saya ambil 3 biji sehari.

Sebenarnya, bukan Su shj yg tegur. Ada juga beberapa rakan di pejabat yg tegur. Tapi selalunya, kalau ada yg tegur, saya akan jawab ni ialah antara kebaikan menyusukan si kecil anda! Nak buat promosi penyusuan lah katakan.. heheee.. Ini juga bermaksud misi saya telah berjaya!!wahahaha.. lagilah saya suka. Maaf ye kawan2, saya sgt teruja ni.


Rahsia kurus | Bf & Lecithin

---

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601




Saturday, November 6, 2010

Dah lama tak kena tag....

Salam...


Org lain dok bersenang lenang di musim perayaan ni. Saya pula kena selesaikan tag yg diberi oleh mommyicha. Alahaaai, rajin sungguh awak, Cik Hadha oooi... Disebabkan dah lama saya tidak di tag, jadi saya buat le tag ni..


Assignment nye berbunyi begini :

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

 
ooooh..jadi Cik Hadha kita ni nak berkenalan dengan sayalah ye?! Selamat berkenalan! Jadi saya mulakan dari saya kecil la ye..

  1. Dilahirkan pada 12 Okt 1982 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur
  2. Membesar dengan jayanya di Kuala Lumpur.
  3. Bersekolah dari sekolah rendah ke menengah di Kuala Lumpur, lari sekejap ke Melaka masa matrix kemudian kembali semula ke KL masa belajar di U (anak jati KL!!)
  4. Bertemu dgn jejaka hati di padang hoki, berkawan selama 4 tahun
  5. Bernikah pada 3 Jun 2005 dan melahirkan cahaya mata pertama pada Mac 2006
  6. Sedang menunggu kelahiran cahayamata ke3 di saat entry ini ditaip! >_<
  7. Bekerja di hospital, tapi bukan doktor
  8. Seorang yang garang masa kecil, tapi lepas satu insiden di sekolah, langsung tak berapa nak garang
  9. Tak suka tgk barang bersepah2, tapi bukan le seorang yg suka mengemas
  10. Suka gigit kuku dari kecil, skrg dah kurang sikit dah
  11. Menulis dgn tangan kanan, kdg2 dgn tgn kiri
  12. Boleh menulis dengan kertas terbalik (bawah ke atas)
  13. Main hoki utk sekolah dan universiti - tak smp peringkat kebangsaan sbb tak pernah simpan niat (kalau ada simpan niat, smp kot!)
  14. Tak boleh main badminton sbb silau. Tak nampak bulu tangkis tu kat mana
  15. Pakai cermin mata sejak dari tingkatan 1
  16. Tak boleh pakai contact lenses - airmata tak cukup
  17. Kenal SHAKLEE sejak dari Februari 2008, dan dah jadi Independent Distributor sejak 2009
  18. Peminat fanatik Triple Gem - ESP, Performance Drink dan Meal Shake
  19. Suka menjahit, tapi dah banyak projek tersadai sejak pregnant ni
  20. Belum ada kereta sendiri!! Dulu kereta kelisa, mak yg belikan - dah jual. Kereta sekarang adalah En Hubby yg bayar. Jadi, bayar pakai duit sendiri? Nan ado...
  21. Tak suka dengan org yang hipokrit, cakap besar, kaki kipas, kaki temberang
  22. Tak suka buat kerja yg takde arah tujuan - tapi itulah yg berlaku stp hari..huhuu.. benci tapi harus bersabar!
  23. Anak manja bapak - smp sekarang!! hahahaaaa
  24. Ada banyak buku utk dibaca, dan banyak juga yang masih belum habis dibaca
  25. Daa abis ke? Nak merepek lagi boleh??

haaaahaa... ok tak Cik Hadha. Nak bagi kat sape eek?? Takleh nak pikir sekarang sbb ada hal penting ni yg perlu diuruskan.. Jumpa lagi!!

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...