SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Friday, August 12, 2011

Vivix bukan sekadar untuk awet muda!

Bapa saya sudah makan Vivix. Alhamdulillah. Warna kemerahan melampau di kakinya nampak semakin bersih. Tapi Bapak baru makan 2 botol. Untuk mendapatkan hasil, setiap pesakit perlu sabar dan tabah. Ada orang mungkin makan 2 botol dah menampakkan hasil. Ada yang mungkin perlu makan 3-5 botol, bergantung dengan keadaan penyakit. Ini kerana ia mengalami perubahan secara semulajadi. Tiada paksaan pada sel. Kita perlu beri masa kepada sel untuk berkeadaan baik semula.



"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya."

p/s: VIVIX tidak boleh diambil oleh kanak-kanak, wanita mengandung dan menyusukan anak (sebab itu saya masih belum mencubanya!).




Jika suami, ibu ataupun ayah anda kurang suka menelan vitamin, VIVIX adalah jawapan bagi anda untuk menggalakkan pengambilan suplemen kepada mereka! HANYA SATU SUDU TEH SEHARI DEMI MELESTARIKAN KESIHATAN MEREKA. Boleh hubungi saya untuk info dan pesanan

Thursday, August 11, 2011

Penyusuan : Kadangkala ia tidak semudah yang disangka

Assalamualaikum wbt

Ramai yang berfikiran saya tiada masalah dalam menyusukan si kecil. Kata mereka, saya sudah menjadi Peer Councelor. Adoi mak! Saya juga manusia biasa. Saya menuntut ilmu bagi membolehkan saya berkongsi dengan ibu-ibu yang lain. Saya juga mempunyai masalah ketika menyusukan si kecil. Dan saya menggunakan pengalaman itu, juga untuk membantu ibu-ibu.

Apakah sebenarnya masalah yang saya hadapi semasa menyusukan Azrie (Alhamdulillah, semasa menyusukan Azzalea dulu, saya tidak mempunyai sebarang masalah!) Saya merupakan seorang pesakit psoriasis. Selepas melahirkan Azrie, psoriasis saya telah melarat ke seluruh badan. Bahagian yang paling saya takuti ia akan berada ialah di payudara! Sudah tentu saya sangat khuatir dan risau. Saya mahu menyusukan Azrie. Sekiranya ia berada di payudara, bagaimana nanti saya dapat menyusukan si kecil?

Ya, ia berada jua di bahagian yang paling merisaukan itu. Keadaan payudara yang tidak cantik, kering dan kusam. Bila ia kering, kulit itu boleh dikopek. Bila dikopek ia akan berdarah. Yang paling menyakitkan ialah luka pada bahagian puting menyerupai 'cracked nipple'. Buat ibu-ibu yang pernah mengalami 'cracked nipple' pasti mengetahui kesakitan yang saya alami. Selama satu hingga dua bulan kelahiran Azrie, saya hanya menahan sakit bila menyusukan. Saya sangat tertekan. Ini kerana saya tahu bahawameletakkan diri pada keadaan STRESS akan hanya menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu. 

Jadi saya berbincang dengan Puan Kamariah, bagaimana saya dapat mengatasi keadaan ini. Jadi, Puan Kamariah telah mencadangkan saya untuk menggunakan 'milk collector', dan Puan Kamariah telah meminjam 'milk collector' kepunyaan SusuIbu.com (dan saya masih lagi belum memulangkannya!) 

Dengan menggunakan 'milk collector', keadaan payudara saya akan sentiasa lembap (selain dari menggunakan losyen!) Sekiranya keadaan kulit payudara kering, itu yang akan membuatkania luka dan berdarah. Dan kesakitan yang ditanggung hanya Allah sahaja yang tahu!

Psoriasis merupakan penyakit auto-imun. Dalam keadaan diri yang masih separuh segar selepas melahirkan, badan saya memerlukan bantuan dari dalam. Oleh kerana itu, saya telah mengamalkan pengambilan Nutriferon pada setiap hari.

Nutriferon merupakan immune booster. Ia sangat berguna buat orang yang kerap mengalami masalah kesihatan. Buat mereka yang jarang-jarang sakit, hanya ambil apabila diperlukan. Dan  di saat ini, saya sangat memerlukan ia. Saya mengambilnya setiap hari sehingga ke hari ini. Selain daripada Nutrifeon, saya akan memastikan diri saya untuk mengambil Vitamin C dan Bcomplex setiap hari. Alhamdulillah. Dengan pengambilan setiap hari tanpa henti, saya tidak menyangka dapat juga menyusukan Azrie sehingga ke hari ini. Alhamdulillah!


Tahukah anda?

5 BONUS KHAS RAMADHAN
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan, iaitu :


Bonus 1 : Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.

Bonus 2 : Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga berbuka.

Bonus 3 : Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : 'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)


Bonus 4 : Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain  Ramadhan.


Bonus 5 : Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).'


Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?"

Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)


Dipetik dari Majalah SOLUSI isu no. 34.



Tuesday, August 2, 2011

BENGKAK SUSU - apa nak buat?

Beliau merupakan salah seorang customer saya dan kini telah menjadi rakan biz saya setelah jatuh cinta dengan Shaklee.

Mari kita baca pengalaman beliau mengatasi masalah duktus susu tersumbat.


Saya notice, ramai juga mommies yang kena "bengkak susu" terutama selepas mencuba "TIPS EKSKLUSIF GBS", kan? Alhamdulillah, murah rezeki anda (banyak susu). Tapi, bahaya juga jika dibiarkan berlarutan. Jika tuam dengan tuala panas tak menjadi, jom cuba "COLD METHOD" pula. This worked wonders on me:


(1) Baring/ Lay down on flat surface.
(2) Urut breast dari pangkal breast ke arah nipple. Jika susah buat sendiri, minta bantuan hubby. Urut sampai ada susu terpancut keluar. Sometimes susu tak keluar sebab ada lubang susu tertutup. So, cuba bersihkan lubang nipple dahulu. Bila letak ice pack, kawasan yg sakit/ keras tue akan kurang rasa sakit bila di urut.
(3) Bila dah rasa kurang bengkak breast, try to pump sekosong-kosongnya. Maybe try utk dpt 2x let-down.
(4) Kalau boleh, sentiasa letak ice pack for the whole day kat breast tue. Even waktu tidur malam pun.

This is from my own experience. Saya pernah jalani breast abscess operation early 2009, TAPI, bukan sebab Shaklee ya. Instead, Shaklee helped me to heal faster after the operation (sampai jatuh cinta to become distributor). So, lepas operate tue, sometimes kena clogged duct lagi, then, the doctor taught/ did this to me. Dia taknak prescribe antibiotik dah - not good.

Anyway, jika still sakit, boleh jumpa doc dan minta antibiotik. Tapi, please inform doctor that you're breastfeeding. Nanti mereka bagi antibiotik yang sesuai. Yang paling penting, jangan biarkan ia berlarutan, okey mommies... ;)

Untuk mengelakkan clogged duct:
(1) Pastikan breast dikosongkan sepenuhnya setiap kali sesi perahan.
(2) Jika terasa sakit/ keras di sesuatu area breast yang disebabkan oleh clogged duct, cepat2 kosongkan breast, buat urutan samaada tuam dengan tuala panas ataupun guna "cold method" di atas.
(3) Jika cara no. 2 masih belum membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa anda ibu menyusu.
(4) Supplement yang membantu untuk clogged duct/ mastitis:
B-Complex, Vita-C & Lecithin (from kellymom.com)

*Source:
http://www.genkimomma.net/sear​ch/label/Breast%20Abscess%20an​d%20Mastitis
http://www.kellymom.com/bf/con​cerns/mom/recurrent-mastitis.h​tml



Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...