SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Tuesday, October 14, 2014

Merawat selsema si kecil dengan Shaklee

Merawat selsema si kecil dengan Shaklee - terdapat beberapa cara yang boleh dipakai untuk merawat si kecil yang sedang selsema. Post sebelum ini saya sentuh mengenai rawatan secara tradisional. Ibubapa juga boleh mencuba menggunakan produk Shaklee dalam membantu mengurangkan masalah ini. Penggunaan secara berterusan pula dapat mencegah atau mengelak ia dari berlaku dengan kerap. 


Bagi anak kecil yang berusia 1 hari hingga dua tahun, sudah tentu suplemen tidak diberikan kepada mereka. Doktor juga tidak akan memberikan sebarang preskripsi kepada si kecil sehinggalah mereka berusia satu tahun. Namun begitu, suplemen dapat diberikan menerusi ibu. Si ibu boleh mengambil Nutriferon dan Vitamin C untuk tujuan rawatan, dan juga OmegaGuard untuk tujuan pencegahan.



Bagi anak-anak yang berumur dua tahun ke atas, suplemen yang dicadangkan ialah Chewable Vita C dan OmegaGuard. Pemberian MealShakes kepada si kecil juga sudah boleh dimulakan. Namun begitu, kuantiti atau sukatan bagi anak kecil ini tidak sama seperti anak-anak berumur empat tahun ke atas.


Ibubapa turut diingatkan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dhulu sekiranya si kecil anda mempunyai masalah kesihatan. Kebiasaannya selsema berlaku disebabkan cuaca sejuk, alergi pada habuk atau makanan.

Untuk memastikan selsema si kecil cepat sembuh, ibubapa juga perlu mencari apakah penyebab selsema mereka. Sekiranya disebabkan habuk, maka ruangan di dalam rumah dan peralatan perlu dibersihkan sekerap mungkin. Hilangkan pencetusnya, InsyaAllah ia dapat dielak dari berlaku lagi.




Penghantaran ke seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak.


No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...