SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, February 4, 2015

Tonik paling MELETOP, VIVIX!

Bukan main lagi tajuknya kan? Hahaha... Tapi itulah hakikatnya. VIVIX memang BEST dan MELETOP! Ok, saya bukan nak cakap pasal vivix sebenarnya. Saya nak cakap pasal diri saya yang dah mula consume vivix.


Ok, hari ini sudah hari ke sembilan. Pasti ada yang tahu apa perubahan yang saya dah rasa. Sebelum saya cerita pasal perubahan. Saya nak list dulu apa masalah yang ada pada diri saya.


Saya memang dah consume Shaklee sejak 2008. Tapi apabila mengandung dan menyusukan, ada beberapa produk yang akan saya ketepikan untuk sementara atau akan consume secara minima. Kalau orang biasa, yang hanya consume Set Family Wellness, saya yakin tidak timbul masalah ini. Untuk pesakit psoriasis macam saya ni, ada masa dah consume pun macam tak cukup gak rasanya. 


Ok, saya listkan dulu masalah yang ada sebelum saya consume Vivix.

  1. Kulit kepala dan rambut sangat-sangat (very the very) berminyak! Tak perlu dah nak lumur kepala dengan minyak
  2. Muka pun berminyak juga, tapi tidak seteruk kepala.
  3. Penglihatan kabur - memang dah tahu ada perubahan power. Tapi sebab saya ada irregular cornea (nanti saya cerita), maka saya tak mahu tukar cermin mata dulu.. Tunggu lama sikit lepas consume vivix
  4. Kulit-kulit yang bersopak dan berkeruping. Of coursela kan.. Dah kata pesakit psoriasis, mana boleh lari dari ciri-ciri ni.
  5. Sinusitis yang teruk. Selama ni consume SR Vit C secara overdose untuk mengurangkan kekerapan bersin
  6. Rasa tidak selesa pada bahagian sendi. Ni pun memang masalah kepada pesakit psoriasis
  7. Perut buncit sket.

Ok.. Itu antara masalahnya. Adakah vivix dapat membantu saya? Perlu diingat, saya tidak consume vivix semata. Saya mahukan kesan yang terbaik, maka saya perlu berikan segala yang terbaik kepada tubuh saya. Nanti saya akan kongsikan beberapa perubahan yang telah berlaku.



Anda mahu mencuba VIVIX? Hubungi saya segera dan dapatkan konsultansi HANYA dari saya!



No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...