SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Thursday, February 5, 2015

Dulu High astig... Sekarang keratoconus ke?

Semalam saya ke klinik mata (tempat saya bekerja dahulu) untuk melakukan pemeriksaan mata kepada diri saya. Ok, Optometris (bekas) p jumpa Optometris la kan.. Saya minta rakan saya buatkan ujian tu. Dan dia kata dia sangat kekok nak buat sebab sesama Optometris. Mengada-ngada betul! Hahaha...


Dan pemeriksaan itu bukan hanya periksa ralat refraksi (refractive error) tapi juga saya minta untuk periksa kelengkungan kornea. Status kedua-dua belah mata saya ialah high myopia dan high astigmatism. Atau nama pasarnya, rabun jauh dan rabun silau. Disebabkan high astig, maka saya nak jadikan ia rutin untuk periksa kelengkungan kornea saya.


Maka, selepas selesai pemeriksaan refraksi, rakan saya terus buat pemeriksaan kelengkungan kornea itu dengan menggunakan corneal topography.  Sekarang ni, segalanya menggunakan mesin. Duduk diam dan selesai!





Ok, tu bukan saya ya. Hahahaha.. Mesinnya ada banyak brand. Tapi begitu le cara nak buat pemeriksaan ni.



Ni lah contoh gambar yang terhasil dari pemeriksaan kelengkungan kornea menggunakan corneal topography.


Imej untuk mata kanan saya adalah seperti pada figur no2. Imej pada mata kiri pula... mmmm... ada berbeza sedikit dengan figur no2 itu. Tapi tidak ke figur no3 atau figur no4. Jadi saya pun tidak tahu ia sudah masuk kategori mana. Saya sendiri terlupa untuk ambil gambar dan terus tunjuk kepada senior Optometris saya yang mahir dalam bidang ini.


Jadinya, status mata kiri itu masih menjadi tanda tanya. Yang mana satu kah ia. Sebenarnya ada banyakla nama bagi masalah kornea ini. Tapi yang biasa difokuskan ialah high astig dan keratokonus. Ok, nanti saya akan update kalian ya.


Ohya, sekiranya ada rakan-rakan yang sedang membaca ini juga pemakai cermin mata dengan rabun silau yang tinggi, perlu tahu bahawa high astig adalah salah satu tanda keratokonus. Tapi tidak semestinya high astig itu ialah keratokonus.


Ok.. Sampai jumpa lagi!

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...