SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Tuesday, October 28, 2014

Mudahnya menyusukan

Mudahnya menyusukan - Ya, sebenarnya proses penyusuan sangat mudah apabila anda membenarkan ia untuk menjadi mudah. Cabaran yang dihadapi semasa penyusuan dapat diatasi dengan baik apabila kita telah berseddia untuk menghadapinya. namun begitu, ada masa kita tidak dapat menjangkakan apakah cabaran baru yang akan berlaku pada hari itu.

 

 

Bagaimana untuk membuatkan penyusuan itu mudah?

Matlamat - nak menyusu pun perlu ada matlamat? Ya. Dengan adanya matlamat, ini akan dapat membantu ibu untuk sentiasa berfikiran positf. Tetapkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek. 

Matlamat jangka panjang : menyusukan si kecil selama 2 tahun
Matlamat jangka pendek : dapat melalui cabaran pada setiap hari


Sokongan - kenalpasti sokongan yang ibu perlukan. Sama ada sokongan dari suami, keluarga, rakan sekerja dan juga orang sekeliling. Dapatkan persetujuan dan persepakatan dengan bentuk-bentuk sokongan ini. Dapatkan bantuan dari satu pihak, sekiranya terdapat satu pihak yang lain tidak dapat memahami matlamat si ibu.

Contoh, si ibu mahu menyusukan si kecil tetapi terdapat bantahan dari ibu (si nenek). Maka si ibu perrlu dapatkan sokongan dari si bapa atau dari orang ain (cth, kumpulan sokongan) dan memberikan penjelasana dan pemahama kepada si nenek tadi.


Memohon dariNya - Banyakkan berdoa kepada Maha Pencipta supaya dipermudahkan urusan dalam penyusuan itu. Kita tidak dapat menjangka apakah yang akan berlaku, namun kita boleh memohon dari Allah supaya kita sentiasa tabah dan cekal untuk menghadapinya. Kemanisan hanya akan datang apabila kita telah memalui cabaran itu.


Kenapa saya katakan menyusu itu mudah?
Dengan pengalaman 3 orang anak yang menyusukan, dan dengan situasi berbeza, dan ditambah pula dengan keadaan kesihatan diri yang mudah untuk goyah, saya hanya fikirkan satu perkara, Mudah untuk menyusukan!


Anda ada masalah, perlukan bantuan dan sokongan dalam penyusuan anda? Hubungi saya, CikYus 019.271.2601. Saya akan bantu sedaya yang mungkin.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...