SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, March 16, 2011

Supplement bukan untuk penyusuan semata2...

Salam...

Post hari kita kena beri kredit pada penulisnya, Kak N

Tajuk asalnya ialah :

Vitamin memang membantu saya dalam penyusuan Addin dan Nasa.

Setiap orang mempunyai pandangan masing - masing terhadap sesuatu perkara bersandarkan kepada keperluan dan kemampuan setiap individu. Ada orang menyatakan tidak perlu ke atas sesuatu perkara atau perlunya seuatu itu pastinya bersebab dan tiada yang betul atau salah kerana kemampuan dan keperluan setiap individu itu tidak sama.

Selama menjayakan penyusuan Addin, abah sanggup keluar lebih duit untuk beli vitamin beri ibu makan. Abah akan makan juga vitamin cuma tidak sekerap ibu atas alasan abah beli untuk beri ibu sihat dan dapat susukan Addin dengan lebih baik. Kami tak punyai perabot cantik macam orang lain, rumah kami semuanya sederhana sebab duit diutamakan kepada vitamin. Memang boleh amik vitamin free di klinik panel tapi abah kata berikan ia pada orang yang lebih memerlukan. Abah prefer Shaklee sebab dah tengok pengalaman ayahnya yang makan Shaklee banyak membantu goutnya berkurang, makciknya yang makan Shaklee sepanjang mengandung dan menyusukan anaknya juga mendapat hasil yang sangat baik. So abah prefer ibu makan Shaklee....nak kata mahal....jika tengok harga yang kena bayar sekaligus mungkin akan terdetik mahal tapi bila fikir ia untuk makan 4-5 bulan, kita akan kata ia murah dan berbaloi. Namun sekarang ibu sediakan trial pack untuk ibu2 diluar mampu mencuba.

Anak kedua, bila dah lama kerja, peningkatan gaji banyak membantu....terutama selepas ibu bekerja kami : abah dan ibu memang konsisten makan vitamin. Terutama bila dah dengar ramai juga kawan seangkatan dengan umur abah Addin Nasa yang masuk hospital sebab jantung.

Namun selama hampir 11 tahun makan vitamin Shaklee, vitamin inilah yang ibu jadikan penawar bila ibu , anak2 mahupun abah bila kami tak sihat.

Bila selsema, demam dan batuk, makan lebih vitamin C. Tak bahaya ke? Tak bahaya sebab vitamin C adalah vitamin larut air.

Bila selsema dengan running nose : makan omega sebab membantu mengurangkan serangan sejuk di dalam dada.

Bila penat, stress dan moody : makan B complex selepas makan beberapa biji.

Sepanjang menyusu anak : tiada kerunsingan hanya belek buku dan cari vitamin yang sesuai....
Bila puting susu luka, amalkan makan vitamin C supaya luka cepat baik.
Bila anak tak sihat, vitamin C juga penawar terbaik sebab ianya disalurkan ke dalam susuibu.
Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi sangat membantu pembesaran anak dengan sangat baik.

Kalau orang kata..."Oh ibu, tidakkah ibu terlalu bergantung dengan vitamin?"

Jawapan ibu ..."Saya menjadikan makanan saya (termasuklah vitamin) sebagai ubat dan saya tidak mahu menjadikan ubat sebagai makanan saya".

Setiap orang meletakkan  keperluan sesuatu itu mengikut kemampuan dan kepentingan. Begitu juga dengan ibu, vitamin adalah keutamaan ibu. Masakan tidak, jika dulu tak boleh makan seafood, sekarang no problem. Jika dulu kena gigit nyamuk pasti jadi kudis yang melarat tapi kini alhamdulillah. Dulu muka mudah tumbuh jerawat kalau salah makan, kini alhamdulillah syukur.....

Allah pun kata kita kena berusaha untuk yang terbaik. Secara peribadi , ibu mahu sihat supaya dapat beribadat dengan lebih baik dan hati yang tenang. Bila sakit semuanya jadi tak keruan bertambah-tambah dengan fikiran yang runsing dan hati yang penuh pelbagai perasaan yang melanda.

Kalau kita mampu beli tudung yang mahal, pam susu yang bagus, sling baby yang berjenama....tidak salah kita dapatkan makanan yang terbaik untuk badan kita. Kita pastinya mahukan yang terbaik untuk dapatkan hasil yang terbaik. 

Akhir kata , dalam berbelanja, jangan lupa bersedekah....selain zakat, sedekah juga sebagai salah satu makanan rohani agar roh juga sihat sama seperti tubuh badan fizikal kita juga. Sedekah juga dapat mengelakkan kita dari penyakit, bahaya bencana dan segala yang tidak baik.

 ----


No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...