SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Tuesday, March 1, 2011

Pergi Induksi, apa persiapan saya?

Salam


Saya perlu menghadiri kursus induksi utk kali ke2. Bukan sbb saya gagal. Tapi disebabkan oleh masalah teknikal. Malaslah nak cerita. Buat sakit hati. Bagi yang follow blog saya ni (ramai ke??), mesti tahu saya punya anak kecil. Si Kenit Azrie (skrg sudah jadi Si Botak!) akan berusia 4 bulan apabila saya pergi berkursus nanti.

Ada teman2 dah telefon saya, bertanya samaada saya akan bawa si kecil atau tidak. ooh... Kali ni saya mmg tak nak pening-pening kepala pikir. Dengan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, saya tidak mahu menambahkan bebanan/stress kepada badan saya. Ini akan boleh menyebabkan kepada penurunan pengeluaran susu.

Tapi apa yang boleh saya lakukan ialah dengan menambah sesi mengepam saya untuk menambahkan pengeluaran susu. Selain daripada itu, saya terus mengambil suplemen bagi membantu saya dalam menjayakan operasi ini, terutamanya B-complex (bagi membantu mengawal keseimbangan hormon seterusnya menenangkan diri saya) dan Alfalfa (sebagai milk booster utk menambah pengeluaran susu). Walaubagaimanapun, saya mmg tidak risau mengenai stok susu, kerana stok yg sedia ada mmg sudah cukup banyak. Lagi pula saya mmg tidak mahu simpan stok yg ada tu lama2. Dah hampir tamat tempoh pun!

Tidakkah saya risau untuk meninggalkan si kecil? Hati ibu mana yg tidak risau. Azrie belum pernah berenggang waktu malamnya dengan saya. Ini adalah kali pertama. Saya pujuk hati. Saya yakin Azrie faham dan tidak akan banyak ragam nanti. Saya sudah mula memberi pesanan dan memberitahu Azrie mengenai ketiadaan saya nanti. Saya katakan padanya, "Ibu pergi tidak lama. Hanya 6 hari. Ibu tahu Azrie anak yang baik. Jangan menyusahkan sesiapa pun yg menjaga Azrie nanti." Harap2 Azrie faham...

Doakan saya tenang bila berkursus nanti!

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...