SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, March 7, 2012

Perkongsian di perhimpunan pagi

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Mempunyai seorang bos lelaki dan yang tidak mempunyai anak, tidak menghalang saya untuk bercerita mengenai penyusuan. Bahkan bos saya sangat memberi sokongan. Setiap kali ada event atau kursus berkaitan penyusuan, beliau akan berikan pelepasan (dengan syarat masih cukup Optometris yang tinggal di klinik!). Setakat ini beliau memang tidak mempunyai halangan atau bantahan dalam penglibatan saya di dalam penyusuan.

Awal Mac lalu, Jabatan Oftalmologi menganjurkan perhimpunan bulanan (setiap jabatan di HSDG akan anjurkan, ikut giliran masing-masing). Dan kebiasaannya, Ketua Jabatan yang akan menyampaikan renungan pagi. Kali ni bos nak buat kelainan. Jadi, dia minta saya ambil slot tu! Adoooi... saya dah cuak. Saya nak cakap pasal apa ni kan?? Jadi, saya dah siapkan power point dan tunjuk pada bos. Tapi bos tak approved. Dia kata tajuknya dah biasa sangat. Alaaaa.... bikin aku stress tau bos ni! Langsung dia beri cadangan.

Kan Yusrina selalu bercakap menegnai penyusuan, apa kata cerita pasal ini. Mengenai penyusuan di kalangan wargakerja HSDG.
Waaaaah.... cadangan terbaik dari bos!, saya menjerit di dalam hati. keskeskes

Jadi, saya siapkan teks ucapan. Kahkahkahkahakah....

Apalah kena siapkan teks? Yelah, kena bagi bos baca dulu sebelum baca di pentas. Teks siap, dia baca, dia komen, saya edit dan buat rehearsel. Kami rehearse dua kali, tapi saya ckp kat bos, saya boleh rehearse sekali je. kalau banyak kali, nanti cerita saya berubah-ubah. hahahaha... Bos sengih aje..

Hari kejadian...



Semasa slot saya...



Dan tajuk ucapan saya...




Jangan ditanya sama ada saya gemuruh atau tidak. Saya juga manusia. Cuma pagi itu saya tak telan Bcomplex untuk hilangkan perasaan gemuruh, sebab saya tak mampu nak breakfast! heeeee Alhamdulillah. Bos takhabis-habis nak puji. Saja lah tu kan, nak buat saya gembira. Sebabnya ada pihak yang tidak berpuashati pula lihat saya naik pentas dan bercerita mengenai penyusuan ini. Takpe, saya bersimpati dengan insan itu. 


Oklah, sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai produk dan penyusuan boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...