SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Friday, November 21, 2014

Apabila Psoriasis menyerang Cik B!

Apabila Psoriasis menyerang Cik B! - Ya, apabila berlaku serangan macam ni, apa nak buat? Kalau di badan, boleh juga digaru ke. Disapukan Herbal Blend ke kan. Ni pada Cik B! Udah le nak menyusukan si Azmie! Waaaaaaa..





Ok, serius. Sangatlah sakit. Korang tengok muka bayi tu. Macam gitu le rupa CikYut bila menahan sakit apabila Azmie nak menyusu. Tu belum tunjuk kaki tu. Kejang kejung kaki CikYut. Tak boleh nak menahan. Tapi demi anak, ku gagahkan jua.


Tapi ada beberapa cara yang boleh dibuat kalau tak mau kolagen di muka putus macam tu je! Kang nak kena telan Shaklee Collagen Powder plak kan.. Hihihihi... Ok, meh CikYut kongsi kepada korang.


1. Gunakan nipple shield





Nipple shield ni boleh dibeli di pelbagai rangkaian yang menjual barangan bayi dan ibu menyusu. Sekarang dah boleh dapat perlbagai jenama. Mana satu yang sesuai dengan nipple dan bayi, itu perlu buat eksperimentasi la ye. Mungkin jenama A sesuai dengan si polan 1. Mungkin jenama B sesuai dengan si polan 2. Jadi CikYut tak tahu kesesuaian anda. Perlu cuba sendiri.




Bila dah pakai nipple shield, luka yang disebabkan oleh psoriasis yang berlaku di sekeliling nipple itu dapat dielak dari bersentuhan secara terus dengan mulut bayi. Jadi, kesakitan dapat dikurangkan dan muka tidak lagi berkerut!


2. Memerah susu dan memberi susu melalui botol

Apabila berlaku luka, biasanya sesi memerah tidak akan dapat dilakukan menggunakan pam. kaedah yang paling sesuai pada keadaan ini ialah memerah dengan menggunakan tangan, 'hand expression'. Dengan cara ini, kesakitan itu dapat dielak atau tidak dirasai dengan melampau.


Sememangnya ini ialah kaedah yang paling kurang sakit. Jari langsung tidak kena pada bahagian luka. 


3. Mencari ibu susuan untuk si kecil

Sekiranya korang ada masalah untuk melakukan kaedah 1dan 2, mungkin korang boleh menimbangkan kaedah ke3 ini. Ini memang langsung tak sakitla kan. Yang penting sekali, si kecil masih lagi mendapat kebaikan susu ibu dari ibu susuannya.


Semoga ketiga-tiga cara di atas dapat membantu sekiranya psoriasis telah menyerang Cik B. Jangan susah hati, teruskan perjuangan anda dalam penyusuan!
 

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...