SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Wednesday, November 2, 2011

Mari berkenalan dengan Vitamin E

Dua minggu lepas saya hanya bercerita mengenai kalsium dan kepentingannya di dalam tubuh badan manusia. Minggu lepas saya mempunyai hal keluarga yang perlu diuruskan dan tidak berkesempatan untuk berkongsi dengan Tuan Puan mengenai supplemen Shaklee. Alhamdulillah, minggu ini saya akan sedaya mungkin untuk berkongsi setiap hari ilmu supplemen. 


Minggu ini mengenai Vitamin E. Ya, hari tu kecoh pasal Vitamin E boleh menyebabkan kanser prostat, dan apakah perbezaan Vitamin E Shaklee dengan vitamin dari keluaran syarikat lain. Itu kita akan kupas satu persatu.



Apakah itu vitamin E?



Vitamin E adalah istilah generik untuk tocopherols dan tokotrienolVitamin E adalah keluarga αβγdan δ-tocopherols dan sama empat tokotrienolVitamin E adalah antioksidan larut lemak yang menghentikan pengeluaran spesies oksigen reaktif terbentuk apabila lemak melalui pengoksidaanDaripada jumlah ini, α-tokoferol(juga ditulis sebagai alfa tokoferoltelah paling dikaji kerana ia mempunyai bioavailabiliti tertinggi.

Tahap yang tinggi terutamanya vitamin E boleh didapati dalam makanan berikut :

Asparagus
alpukat
telur
susu
Kacang, seperti badam atau hazelnuts
benih
Bayam dan lain-lain sayuran berdaun hijau
Sayur-sayuran minyak tak panas
germa gandum
bijirin penuh makanan

Banyak juga ya makanan yang ada Vitamin E. Tapi masalahnya sekarang, berapa banyak yang diperlukan oleh tubuh kita dan berapa banyak pula yang akan kita peroleh dari sumber-sumber ini?



Seperti biasa boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS/WhatsApp kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...