SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Monday, September 19, 2011

Basic H - bukan sebarang cecair!

Alhamdulillah, latihan PC di Johor Bharu sudah selesai. Hari ni saya bercuti, tetapi sesangat le sibuk. Tapi saya nak ambil beberapa minit untuk kongsi kebaikan produk yang satu ni. Satu botol aje, tapi boleh buat banyak kerja! Memang SYOK!! Boleh digunakan untuk kegunaan cuci mencuci, dari depan rumah sampai belakang rumah. Dari tingkat atas, sampai tingkat bawah. Boleh juga digunakan pada badan. oooh.... biar betik!! Kalau pencuci lain, untuk lantai, lantai sahaja. Untuk cermin, cermin sahaja. Mana boleh pakai kat badan. Haaaaah..kan dah cakap. Produk ni menakjubkan.

Nak tau produk apa?

Tang taraaaaa....


Ni dia... Basic H!

Saya memang sangat suka kan Basic H. Ingat tak cerita saya awal bulan mengenai psoriasis dan juga saya gunakan kepada Azzalea yang mengalami eczema?

Takpe..takpe... boleh baca balik :
1. Psoriasis : Bagaimana saya menghadapinya?
2. Atasi eczema...perlu bersusah dahulu!

Saya juga gunakan Basic H untuk basuh cloth diaper Azrie. Mop lantai guna Basic H. Lap2 meja, perabot guna Basic H. Basuh tandas pun guna Basic H. Serba-serbi menggunakan Basic H. Pendek kata, tidak lengkap hidup saya tanpa Basic H. heheheh....

Meh tgk apa lagi kegunaan cecari menakjubkan ni...


#KEGUNAANCARA
1Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimiaIsikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awetIsikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awetIsikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnyaIsikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnyaBasahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7Mencuci & membersih lantai serta alat permainanIsikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnyaTitikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9Mengasah pisauTitikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnyaTitikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


Selain daripada itu,


UNTUK KECEMASAN
#KEGUNAANCARA
1Menghapuskan kutu di atas kepalaBasahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panasSapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnyaTuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4Demam panas (sebelum berjumpa doctor)Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5Sakit gigiMasukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7Ulser dan mulut berbauTuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8Penyubur tanaman dan penggembur tanahAir lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnyaTuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.


(terima kasih kepada Kak N!)


Sekarang tugas Tuan Puan pula melengkapkan rumah dengan sebotol Basic H. Ada pelanggan yang beli sampai 5 botol!! Katanya nak letak di setiap bilik air dalam rumah dan pastikan ada satu spare. fuuuuh... Ye la, tetiba habis sebotol, mana nak cari kan kalau ada perkara kecemasan. Baguslah pelanggan ni. Jangan ragu-ragu dengan Basic H.Dapatkan sekarang dan anda pasti berpuashati. 


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMSkan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma. Tak nak SMS, WhatsApp pun boleh >_<. Ok, nanti malam kalau sempat saya update satu lagi produk. Ni nak sambung kerja rumah dulu! Oh ye, jangan lupa untuk LIKE page IBUAZ SHOPPE di Facebook!

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...