SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Sunday, February 6, 2011

Tidak semua ibu mampu/dapat menyusukan


Sumber asal

(ia diolah sedikit dari sumber asal) 

Secara lumrahnya, setiap wanita mampu menyusukan bayinya dengan susu ibu, namun tetap terdapat kes yang mana si ibu tidak dapat menyusukan anaknya:

FAKTOR IBU:

  • Menghidap PCOS
  • Mempunyai masalah tiroid
  • Terlalu obes
  • Terlalu stress
  • Tidak mempunyai duktus susu (secara semulaladi atau selepas melalui pembedahan)
  • Pernah menjalani pembedahan payudara
  • Menghidapi hypoplastic breast (payudara yang tidak berkembang selepas baligh)
  • Mengambil ubat-ubatan berasaskan estrogen
  • Menghadapi masalah kecelaruan hormon


FAKTOR BAYI:


  • Tidak pandai melekap (latch) dengan betul
  • Mempunyai masalah tounge-tie
  • Terlalu lemah untuk menyusu


IBU YANG MERASAKAN DIRINYA TIDAK DAPAT MENYUSUKAN ANAK TAPI SEBENARNYA BOLEH:


  • Mempunyai inverted nipple
  • Tidak mengeluarkan susu pada awal kelahiran
  • Puting buta
  • Bayi tidak mahu menghisap di payudara


Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah di atas mempunyai penyelesaian, dan ramai ibu yang menghidapi PCOS, tiroid, malah hypoplastic breast berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, yakni susu mereka sendiri.

Malah kebanyakan ibu yang menghadapi masalah ini sebenarnya bukan bermasalah dari segi penghasilan, tetapi pengeluaran. Bila ia tidak dikeluarkan, maka penghasilannya akan kurang! Apa yang menyebabkan susu tidak dapat keluar dengan efektif?

  • Bayi yang tidak dapat menghisap dengan betul – mengalami masalah latching, etc.
  • Teknik mengepam yang tidak betul – tak kiralah berapa mahal atau hospital grade-nya sesebuah pam susu itu, teknik mengepam yang salah menjadikan susu ibu tidak dapat keluar dengan sempurna sekaligus mengosongkan payudara.
  • Ibu tidak mengalami let down – kemungkinan disebabkan kekurangan hormon oxytocin akibat stress. Kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak berada dalam keadaan stress : stress sebab sakit bersalin, stress dalam pantang, post-natal depression, stress mahu menyusukan bayi dan sebagainya.
  • Ibu tidak mengosongkan payudara dengan kerap – bayi tidur terlalu lama menyebabkan ibu membiarkan payudaranya tanpa rangsangan.


Apa yang perlu dibuat sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu?


  1. Kenali masalah diri. Setiap yang terjadi pasti ada sebab musababnya. Mengetahui punca masalah memudahkan kita mencari penyelesaian. Misalnya ibu tidak dapat menyusukan anak kerana masalah stress, maka penyelesaiannya ialah ibu perlu lebih bertenang. Jika stress adalah kerana kekurangan B-Complex maka ibu harus mengambil makanan yang kaya dengan B-complex atau supplement. Jika ibu tidak dapat menyusu kerana tiada duktus susu, kemungkinan untuk ibu menyusukan bayi dengan susunya sendiri adalah amat tipis.
  2. Dapatkan sokongan daripada kumpulan sokongan susu ibu. Adalah lebih baik jika seseorang ibu mendapatkan khidmat nasihat dari Kaunselor Laktasi bertauliah, diikuti sokongan daripada rakan-rakan atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Di dalam kumpulan ini biasanya terdapat ibu yang mengalami masalah seperti PCOS, tiroid,exclusive pumper, malah mempunyai masalah yang kita rasa tak logik untuk berjaya menyusukan anak namun mereka berjaya dalam penyusuan.
  3. Kembali kepada Yang Maha Esa. Setiap kejadian pasti ada sebab musababnya. Apabila Allah menyuruh seseorang ibu menyusukan bayinya (disebut beberapa kali dalam al-Quran), namun apabila terdapat halangan, mengadulah kepada-Nya dengan seikhlas hati. Menyusukan anak bukan suatu ego yang mesti dipertahankan, malah menganggapnya satu ibadah dan lakukannya dengan rendah hati demi memberi makanan terbaik untuk bayi kita.
  4. Mendapatkan ibu susuan (jika mahu). Mengikut urutan, susu yang terbaik adalah susu ibu (direct feeding), diikuti susu ibu yang diperah dan susu ibu lain (ibu susuan).

Mengapakah seorang penggiat susu ibu terlalu positif bahawa semua ibu boleh menyusukan anaknya meskipun si ibu sendiri sudah melakukan macam-macam? Ini demi mengelakkan salah faham kepada ibu-ibu lain yang menghadapi masalah yang sama (rasa susu tak cukup/tak ada). Seorang penggiat susu ibu sebolehnya mahu membantu ibu-ibu bermasalah dalam penyusuan, agar dapat menyelesaikan masalahnya satu-persatu. Sekurang-kurangnya untuk anak yang seterusnya, sudah tahu apa yang patut dibuat. Misalnya jika anak sekarang tidak ada connection dengan sebarang kumpulan sokongan, di masa depan boleh berhubungan dengan mana2 kumpulan sokongan.

Ramai penggiat susu ibu asalnya adalah ibu yang bermasalah dalam penyusuan. Misalnya ada pakar laktasi yang hanya dapat menyusukan anaknya selepas 4 bulan dilahirkan, ada kaunselor laktasi yang tidak pernah direct feed anaknya, dan sebagainya. Jadi, bina jalinan dengan mereka-mereka ini, sekurang-kurangnya boleh menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus berazam dalam penyusuan ibu.

Yang penting, sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah. Setiap kejadian adalah di bawah aturanNya.

No comments:

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...