SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Tuesday, November 25, 2014

Hari yang sibuk!



Hari yang sibuk - Alhamdulillah. Baru dapat nak update. Buat summary sajalah untuk malam ini. Hari ni sudah keluar rumah sejak jam 8 pagi. Pulang jam 6.30 petang. Macam orang pergi kerja di opis.


Pagi-pagi dah hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian ke bank. Pergi pejabat pos. Jam 11.30 bergerak ke Damansara Damai nak jumpa downline, buat persola coaching. Selesai coaching, singgah Shaklee Sri Rampai pula untuk beli barang yang dipesan oleh pelanggan dan downline.


Kemudian, cepat-cepat drive pulang ke Bangi untuk jemput anak-anak dari sekolah! Fuuuh... memang mantop hari. Balik ke rumah, sambung dengan kerja rumah pula...


Tapi takpe. sebab kita buat perkara yang kita suka, tak rasa penat langsung. Kalau kita rasa penat, maka kita tak suka dengan apa yang kita buat tu!

Rindunya dengan Alfalfa!

Rindunya dengan alfalfa - Nape pula nak rindu dengan alfalfa ni? Kan En Lan ada kat sebelah? Pelik betullah! Hahahahaha...




Sekarang sudah berhenti sepenuhnya dari alfalfa, lebih kurang 2 minggu lebih. Cuma ada sedikit saja pengambilan alfalfa dari VitaLea. Coating hijau pada VitaLea ialah alfalfa. Namun kuantitinya tidak sebanyak pada Alfalfa Complex. Saya masih lagi berkira-kira untuk menghentikan juga pengambilan VitaLea dan menggantikan ia dengan MealShakes. MealShakes mengandungi multivitamin, jadi saya dapat mengelak pengambilan alfalfa secara menyeluruh. 


Mengapa saya rindu sangat dengan alfalfa?

Sepanjang saya mengambil alfalfa, saya perasan bau badan saya adalah lebih harum. Ya, sudah tentu bau seperti alfalfa. hihihi Bau harum pada badan saya pula sangat menarik perhatian en suami. hihihihi... (lagi panjang mau sengih ni!). Apabila bau badan sudah harum, en suami lebih gemar untuk melekat dengan isterinya. Macam magnet. Di mana ada isteri, di situ ada suami!


Jadi, sekiranya anda atau rakan anda ada masalah bau badan, boleh cadangkan alfalfa kepada dia ye. Jangan risau. Tarikan magnet itu hanya berlaku kepada suami isteri.Untuk orang yang belum kawen, belum dapat lagi tarikan tu.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Penghantaran seluruh Malaysia
COD Shaklee Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya



Monday, November 24, 2014

Kasut tumit tinggi

Kasut tumit tinggi - Suka tengok orang lain pakai kasut tumit tinggi. Sepanjang hidup, selepas meniti alam dewasa, kasut paling tinggi yang saya pakai ialah 2 inci. Rasa dah melayang-layang sangat dah rasanya! Nak sangat ngikut orang lain...




Ada orang yang boleh pakai lebih tinggi dari itu kan. Ada orang 1 inci pun tak boleh nak pakai. Orang kata, bila pakai kasut tinggi, confident level tu pun tinggi jugak. Mungkin la kot. Sebabnya, bila pakai kasut tumit tinggi ni, orang tu perlu jalan tegak aje. 


Sedikit mendada dan bahu sedikit ke belakang. Barulah postur badan tu nampak cantik semasa memakai kasut tumit tinggi ni. Ada juga yang boleh pakai tapaknya yang lebih halus dan runcing! Aww.... seriau I! Hish... Tidak le CikYut berani nak pakai yang lebih tinggi dari 2 inci. 


Walaupun badan tidak le tinggi mana, tapi ok dah kot dengan 2 inci tu. Dan sememangnya, CikYut tak gemar pakai kasut yg sangat-sangat flat. Rasa macam tak pakai kasut langsung! Koang macamana? Ok ke idak pakai kasut tumit tinggi ni?

Satu botol, tak cukup sebulan!

Satu botol, tak cukup sebulan - Apa pula yang tak cukup ni? Berebut dengan siapa pula? Itulah kalau ada barang baik kat rumah ni kan...




Sebotol OmegaGuard mempunyai 90 biji kapsul. Dalam rumah ni, ada seorang ibu dan 3 orang anak kecil yang sangat minat dengan OmegaGuard ni. Ibu dia saja, makan 3-6 biji sehari. Anak-anak makan sebiji sehari. 


Ok, jom buat kira-kira.

Ibu makan 3 biji sehari, 3 x 30 hari = 90 biji.
Anak ada 3 orang, makan sebiji sehari, 3 x 30 hari = 90 biji sehari

Jumlah OmegaGuard yang dimakan ialah 180 biji untuk sebulan.

Itu bermaksud, rumah ini perlukan 2 botol OmegaGuard untuk sebulan.


Jadi, kalau korang pun ada masalah macam ni, baiklah grab offer yang ditawarkan pada bulan ni.
MESTI rembat offer bulan ni!!

Sebab :

1. PERCUMA 1 botol dengan pembelian 6 botol OmegaGuard.
2. Ok, kalau bajet tak cukup, korang boleh rembat TWIN PACK OFFER dengan potongan 5%.


Jangan tunggu lagi. Kalau yang baru nak CUBA tu, jangan risau. Nanti saya upkan testimoni berkaitan OmegaGuard!



Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...