SEPTEMBER 2016

SEPTEMBER 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Friday, April 22, 2011

Syukur...akhirnya berjaya juga!

Tiada berita yang lebih menggembirakan untuk saya semalam.. Eh bukan, kelmarin. Teman saya yang satu ni beri khabar gembira buat saya! Kalau ibu2 pernah baca post yang lalu, beliau belum lagi bagi kata putus sama ada beliau nak consume atau tidak. Tak lama lepas saya tulis post tu, beliau SMS dan beritahu nak consume set yg saya cadangkan.

 

Kini, setelah beberapa bulan mengharungi waktu2 yg payah untuk menelan vitamin2 tu, Alhamdulillah!! Sekarang beliau dah mengandung. Katanya dah 19 minggu. Syukur sekali lagi! 

 

Memang rasa nak nangis bila dapat tahu berita ni. Ye lah, sebabnya kita tahu betapa anak itu sememangnya dinanti oleh pasanga2 yg berkahwin ni kan. Bila asyik gugur aje, sapa tak susah hati. Saya doakan, proses kehamilan kali ini berjalan lancar buat Su.



Su, tahniah!!



"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehamilan temanku Suriani."

Thursday, April 21, 2011

Atasi eczema...perlu bersusah dahulu!

Atasi eczema | Dgn Alfalfa, ESP, Meal Shake


Udahle Ibunya kena psoriasis. Si Tomato plak dapat eczema. Lepas Azzalea berhenti menyusu badan dulu, terus keluar eczema dia.. Jenuh juga nak buat kulitnya tu kembali ke asal. Macam-macam cara. Lepas satu cara, Ibu cuba cara lain. Semua untuk Azzalea.

Semenjak menjadi pengguna tegar SHAKLEE, saya cuba untuk memberi Azzalea makan supplemen yg bersesuaian. Untuk menghilangkan 100% eczemanya itu, mungkin mustahil. Saya nak kurangkan rasa iritasi pada kulitnya tu supaya Azzalea tidak lagi menggaru. Sbbnya bila dah menggaru, habislah luka-luka satu badan. Lepas tu kang rasa pedih.

Cara pertama yang saya guna ialah tumbuk sebiji alfalfa smp halus. Kemudian masukkan ke dalam susu Azzalea. Tapi bukan sebiji tu, hanya secubit aje. Kalau masuk sebiji, Azzalea boleh tahu susunya rasa pelik. Alhamdulillah, ada perubahan. Tapi usaha ni tak dapat dijalankan utk jangka masa yg lama. Sbbnya alfalfa yg ditumbuk tidak boleh disimpan lama.

Lepas menggunakan alfalfa, saya cuba pula dengan cara lain, iaitu memasukkan ESP ke dalam susu Azzalea. Yang mmg langsung tak berjaya sbb dia tak suka rasa ESP tu. Setiap kali susunya dibancuh dgn ESP, mesti dia takan minum habis. mmmm.. Harus cuba cara lain la pula ni..




Lama juga saya berhenti mencuba. Baru-baru ni saja saya tiba-tiba terfikir utk memasukkan Meal Shake ke dalam susu Azzalea. Alhamdulillah, Azzalea suka dengan rasanya. Dia sendir akan pesan untuk masukkan Meal Shake tu setiap kali saya membancuh susunya. Kali ni bukan Azzalea aje yg menjadi mansa eksperimentasi saya, Azyana pun kena gak...heheh.. Azyana pun suka juga dengan rasanya! Yippie.. Sekarang eczema tu dah kurang. Masih ada lagi gatal2 tapi ia berkurangan berbanding sebelum saya mencuba Meal Shake.





Rasa Meal Shake mmg sangat enak! Tak sampai 2 minggu, habis satu canister ni.. Mana taknya. Yang menggunakannya ada 3 org iaitu Azyana, Azzalea dan saya! heeee.. 

Selain dari memberi Azzalea minum Meal Shake, saya akan mandikan Azzalea dengan Basic H. Basic H dapat mengekalkan kelembapan pada kulit. Hanya setitik sahaja setiap kali mandi. Jgn kata Azzalea, saya pun mandi dgn Basic H juga! >_<


Selain dari itu, Basic H ini mempunyai 1001 tugasan. Magika! Mmg syok le kalau ada sebotol Basic H ni. Lagi pula, Basic H adalah salah satu benda PERLU ada dalam rumah!

-----

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601


Tuesday, April 19, 2011

Si kecil tidak lagi menyusu secara terus...

Assalamualaikum wbt




Beberapa minggu yang lalu, saya mendapat panggilan dari seorang ibu yang mengadu mengenai si kecil (berusia 2 bulan) yang tidak lagi mahu menyusu secara terus di payudaranya. Si ibu merasa sungguh sedih. Si kecil berubah arah kerana si ibu tadi terpaksa meninggalkan si kecil apabila si ibu dimasukkan ke hospital atas sebab2 kesihatan. Bukan itu sahaja yang merunsingkan hati si ibu. Bahkan kini pengeluaran susunya juga telah merudum. 

Saya berasa sungguh kasihan dengan si ibu dan anaknya. Saya cuba membantu seberapa yang terdaya dengan memberikan saranan dan cadangan kpd si ibu tadi. Namun begitu, usaha akhir adalah datang dari kekuatan dan ketabahan si ibu tadi.

Jadi, sekiranya ibu-ibu lain mempunyai masalah begini, apakah langkah yang boleh diambil? Perlu diingat, terdapat 2 masalah yg perlu kita selesaikan.

1. Si kecil lebih suka puting tiruan dari puting ibunya
2. Pengeluaran susu merudum



Lebih suka puting tiruan, bagaimana utk kembalikan si kecil ke ibu?

1. Mendakap si kecil dengan lebih kerap - lakukan 'skin to skin' dgn si kecil anda sebanyak yg boleh atau . Bau badan ibu dapat membantu si kecil untuk kembali semula ke payudara.

2. Kurangkan pemberian susu menggunakan botol - proses ini mungkin sedikit kejam, tetapi ia perlu dilakukan. Memandangkan si kecil tadi sudah 'jatuh cinta' dengan puting tiruan, jadi kita kena pisahkan mereka. Cuba sedayanya utk memberi susu menggunakan cup feeder atau dengan syringe. Lebih kerap ia dibuat, semakin lama si kecil akan melupakan puting tiruan tadi.

3. Jangan paksa si kecil utk menyusu - tetapi permudahkan cara si kecil utk mendapatkan payudara pada bila2 masa shj yg diperlukan dengan memakai baju utk menyusu, menggunakan bra utk menyusu (atau tak perlu pakai bra! >_< )

4. Tidur dengan si kecil - sentiasalah berdakapan dgn si kecil, termasuklah pada waktu tidurnya supaya si kecil sentiasa mendapat bau ibu dan mendapat sumber tenaganya, iaitu susu!


Bagaimana pula dengan pengeluaran susu yg merudum?
Ini berlaku apabila kurangnya stimulasi dari si kecil. Apabila si kecil tidak lagi menyusu secara terus, kurang signal dihantar ke otak utk memberitahu pengeluaran susu diperlukan. Bila tiada pengeluaran, lama kelamaan kilang susu akan ditutup!

Apa yg boleh ibu2 lakukan ialah, 

1. Kerap mengepam - lakukan ia sekerap yg boleh. Jangan lihat pada kuantiti yg terhasil kerana ini akan mengganggu pengeluaran tadi.

2. Minum banyak air - dehidrasi dalam badan juga antara sebab pengeluaran susu merudum. Oleh itu pastikan ibu-ibu minum air sekurang-kurang 3L sehari

3. Berdoa dan berzikir supaya hati menjadi tenang. Bila hati dan minda tenang, susu dapat dihasilkan dan seterusnya mengalir keluar dengan lebih baik lagi.



Sememangnya apa yg ditulis ini nampak mudah. Namun begitu, seperti yg saya tulis di awal tadi, kesungguhan dan ketabahan ibu itulah yg manjadi batu pengukurnya. Saya memberikan jalan, terpulang kepada ibu-ibu utk meneruskan perjalanan itu. Semoga ia dapat membantu!

Sharing is Caring

-----

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601

Sunday, April 10, 2011

Saya nak pergi beli sendirilah.....

"Cik Yut, rumah saya / tempat kerja saya tak jauh dari branch. Saya nak pergi beli teruslah kat branch. Boleh tak??" Macam biasa, jawapan saya ialah BOLEH!! Pergilah ke mana-mana branch sekalipun, ambil borang tempahan dan tuliskan no ID saya iaitu 818055. Wallah..anda boleh terus pulang dengan suplement yang anda beli. Lebih cepat bukan?! Apalagi, jom pakat ramai2 singgah branch SHAKLEE yg terdekat dan gunakan shj ID saya (818055)

-----

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...